Welcome to my world. Be nice here. Thank you.

Diary ~~ Mustache


Raya Raya Raya
15 Aug 2012 | 0 comments
Assalammualaikum...

"Mana Lolita dapat idea buat entry ?" Itu lah soalan rutin yang ditanya. Jawapan aku: "Allah Ta'ala yang bagi idea." Takpun: "Suatu pagi, aku bangun pagi, tiba tiba datang lah idea tu." Takpun lagi: "Aku bayang kan someone, and datang lah idea." Orang panggil apa ? ilham lebih kurang. ekeke. Tu lebih kurang jawapan yang selamat supaya diorang tak tanya lebih lebih dah.

Tapi tahu tak korang betapa susahnya nak cari idea bila time tu idea memang dah kering kontang. Korek, gali dan selongkarlah macam mana pun, yang dapat cuma habuk. Ermmm... nanti jadi cerita pasal habuk je. Pandang kiri kanan, pusing depan belakang, tunggang terbalik kalau idea susah nak keluar, ia tetap takkan keluar. Macam botol sos cili yang baru dibuka.

Nah, sekarang ni nak cerita pasal raya. Eh, eh. puasa pun belum habis lagi daaa. Tapi tu lah masyarakat sekarang kan. Puasa baru je beberapa hari. Dah keluar dah di corong corong radio, lagu raya. Aduhhh, sayup je rasa. Rasa nak kasi je penangan maut. Cehhhh. melawak je. *cakap lebih* Bagi aku, Ramadhan lah paling best sekali.

Raya... Raya... Apa nak cerita pasal raya ni ? Rasanya semua persiapan raya sama sahaja kan. Langsir baru, sofa baru, rumah baru. Eh, terlebih pulak. Tapi mesti lah nak barang baru kan. Semuanya nak tukar. Amboiii. kaya betul hang pa ni semua. Kalau nak buat cerita pasal hantu raya tak pun cerita pasal balai raya okey tak ?  Kalau nak cerita pasal raya, benda wajib yang tak boleh kita nak lari ialah biskut raya. Hari raya tanpa biskut raya macam pakai baju tak pakai seluar.

Kecik kecik dulu aku selalu temankan mak buat kuih raya. Macam macam bentuk tapi rasanya semua sama, jangan tertipu. Tapi sebagai tester, mak bagi makan yang hangus hangus je dulu. Yang elok elok mak simpan untuk raya nanti. Tapi bila raya aku tak makan pun pasal sibuk makan benda lain.

Tapi dah biasa la cerita biskut biskut ni. Satu lagi, raya je orang sibuk dok cerita pasal mercun. Sebenarnya, aku malas dah nak dengar bunyi mercun mercun yang meletup sana sini. Cakap la sampai keluar air mata darah pun 'JANGAN MAIN MERCUN', tetap orang main juga. Tahun ni kalau takde keluar cerita kat surat khabar pasal orang putus jari akibat main mercun, aku sanggup balik raya jalan kaki. *ni menipu*

Baik aku share pasal perkara yang orang tak berapa nak peduli. Contohnya, pasal polis yang terpaksa bertugas di hari raya pasal nak kena jaga keselamatan pengguna jalan raya dan memantau kes pecah rumah. Tahukah kita macam mana perasaan diorang ? Asal raya je cuti dibekukan. Diorang pun anak isteri jugak nak raya bersama. Ingat tak touching ke bila dengar takbir raya ?

Takpun aku boleh cerita pasal hari raya dari sudut lain. Contohnya, macam mana hari raya disambut oleh haiwan ternakan ? Anak ayam: "Betul ke ni tulang mak kita ? kalau betul mari kita tanam." Cuba korang fikir, macam mana perasaan golongan haiwan ternakan tu bila raya je hilanglah sanak saudara dan rakan taulan. Banyak yang jadi sate, rendang dan macam macam lauk pauk. Macam mana nak teruskan hidup ? Touching ooo... Tapi tulah tugas golongan haiwan ternakan. kan ?

Kalau nak internasional sikit aku boleh cerita pasal hari raya di negara orang. Cuba bayangkan macam mana orang Somalia yang tak cukup makan tu sambut raya. Kita kat sini mewah dengan juadah sedangkan diorang breakfast pun tak lepas. Ataupun saudara saudara seagama kita di Palestin yang hari hari kena bom. Kita kat sini yag aman sibuk pulak nak main mercun. Tengok, tercerita pasal mercun lagi.

Just nak share kat korang semua. Ada orang dia rasa tak best lah tahun ni kan. Sebab takde gf/bf. jadi tak syok lah nak raya kan. Mesti nak baju raya sama, kalau boleh semua nak sama kan. But, korang patot bersyukur ada family lagi disisi korang semua. Yang tu lah paling bahagia sekali. Insan yang lagi dihargai, bukan dipinggiri. Ucapkan lah ALHAMDULILLAH masih dapat beraya bersama keluarga tersayang.

Itu je la idea idea yang sempat aku fikirkan waktu ini. Tak tau la korang boleh terima ke tak ? Memang otak tengah tepu. Selalunya bila aku dah takde idea sesangat, aku pergi solat. InsyaAllah, lepas tu aku dapat idea yang bagus bagus. Semuanya daripada Allah Ta'ala. Tapi kekadang, tengah solat pulak idea datang. Emmm... Tak khusuk kah solat aku ni ?

#Segala yang baik tu datang dari Allah S.W.T & yang kurang tu datangnya dari aku sendiri.
#Semoga kita ingat mengingati sesama lain.
#Apa yang aku share kan untuk kesedaran aku jugak.

SELAMAT BERAYA !




Older Post | Newer Post