Welcome to my world. Be nice here. Thank you.

Diary ~~ Mustache


Cinta Halal ♥
10 Dec 2012 | 0 comments
Assalammualaikum.

okeyh. aku rasa aku tak suruh korang jawab salam tu menjerit jerit bagai nak pecah urat tengkuk korang. cukup setakat kau jawab dendiam. macam biasa aku kalau bab bab nak mulakan cerita awal awal ni memang failed. kalau dah tetengah tu kang memang kau nak baca pun naik menyampah, merepek sana sini. sadis je kisah blog aku ni kan. selama beberapa aku berpijak di bumi nyata ni, aku tetiba rinduuuu...... entah lah. *sedih, meleleh air hidung* sobs sobs sobs. turn lagu Patah Seribu. layan kan aja. bagi kau kalau tak sedih tu kau punya pasal. takde hal pun bagi aku. yang penting makan tidur takde orang kacau. sekarang aku rasa kau dah boleh dekatkan muka kau kat screen, bukak telinga kau bebesar then jangan lupa nganga sepanjang masa kau baca entry aku banyak kali ni. tak buat kau kena sumpah jadi durian.



**************
hari ini,

YE,

hari ini,

YELAH,

beberapa hari yang lepas......

tepat pukul entah lah berapa. tidak teringat pula nak melihatnya. aku bukak blog. setting itu dan ini. dan macam ada magnet je nak bukak entry pasal kau. then click aku bukak aku baca sampai habis sampai aku menangis sebak. tak tahu mengapa aku rasa begitu. sedangkan sekarang pun tengah menaip pun meleleh je air hidung nih. ye aku ada update pasal kau cuma aku tak publish je sebab aku tahu kita dah macam sekarang. maybe salah aku jugak sampai rasa janggal ke tahap ini. tapi kau still je macam dulu. tiada perubahan yang aku nampak dari segi zahir. maybe sebab aku buat entry tengah kesunyian :)

ada jugak macam orang bodoh nangis depan screen nih. nasib roomate tak nampak. kang tak memasai cakap aku giler sebab tengah menaip + air hidung keluar. sape je yang boleh buat. sumpah aku rindu semua yang kita lalui. sebab kita banyak habiskan masa bersama tu lah jadi aku tak boleh lupa dan akan ingat dan selalu ingat. ye arh, aku perempuan bab bab macam ini memang mudah sikit tersentuh. tapi aku nih jenis pendam je. terkadang je lah kalau betul aku tak malu aku terus terang. agak agak kalau aku nih jenis berterus terang ada macam Telemovie Cinta Halal:

"saya sanggup tunggu awak !"

tapi aku bukan tak sanggup tunggu maybe aku tak sesuai untuk kau tak serasi dengan kau. lebih baik aku pergi , pergi takkan kembali. aicehhh. cukup lah kita berkenalan atas suka sama suka demi persahabatan. tak gituuu. 

dan sekarang aku nak kasi tahu dekat kau yang aku gembira sekarang , aku bahagia , aku ketawa bagai nak gila , melalak sana sini. terima kasih dekat kau sebab sudi melayan kerenah aku tanpa jemu. aku taknak lepaskan peluang apa yang ada sekarang ni dan taknak jugak aku lupakan kenangan bersama kau meskipun suatu hari nanti aku lupa sekalipun , mesti aku akan ingat bila baca entry ni di lain waktu. tapi apa aku boleh buat adalah mendoakan kebahagian kau dan kesejahteraan kau. walaupun bukan dengan perbuatan sekalipun hanya doa sahaja yang dapat aku berikan.

aku rasa korang dah patot lap lap air yang meleleh tu. sebab aku dah kembali ceria. banyak yang aku dah taip actually, tapi rasa bersalah pulak nak click publish nanti so, aku delete je mane yang patut aku buang. sebenarnya aku nak cakap jangan lah terlalu ikutkan sangat dengan perasaan ni. terkadang ia sangat memakan hati kalau apa yang kita ikutkan tu tak tercapai apa yang macam kita mahukan. okeyh. macam keling pun ada aku cakap. so, better i go to breathe a new life  

NOTE: Saya dah ✔ Delete message ✔ Delete picture awak. Tapi saya tak boleh nak ✘ Delete kenangan bersama dengan awak :')


me love you,
muachhh 

Older Post | Newer Post