Welcome to my world. Be nice here. Thank you.

Diary ~~ Mustache


L.I.F.E
30 Dec 2012 | 0 comments
Assalammualaikum.


30 December, dan nak sampai penghujung 2012 dah. memang betul penghujung lah. kadang kadang serious
masa cepat je berlalu. diam tak diam, esok hari terakhir aku hidup sebagai budak berumur 19 tahun. dan dah sampai masanya aku akan menjelang usia ke 20 tahun dah. so takda main belas belas ni. meskipun macam tu, peningkatan umur selalu mendewasakan aku, serious ayat aku macam buat aku nak pergi muntah. dahtu kenapa aku pergi cakap kan. ok, dah nak penghujung 19 ni banyak ajar aku erti kehidupan. macam macam orang aku boleh nampak, yang baik, yang kurang baik, yang gila, yang tak gila dan akhirnya menggila sampai ke tanjung rambutan, ok merepek. so makin lama makin belajar erti hidup. cewahhh, ayat macam nak mintak cubit je. but then serious aku nampak weh, tinggal aku tak record je lagi, kalau tak dah aku upload suruh tengok reramai. ok dalam pada korang dok makan sambil baca blog aku ni kan, meh sini tahu kenapa aku buat tajuk nih L.I.F.E. *sambil betulkan skrin lappy* jom dengar apa yang aku nak share.


gigih aku bukak laptop sambil study dengan slide yang melambak tak tahu mane nak hadap semua dah rasa nak terkeluar daripada kepalahotak aku nih. so baik aku tulis sebelum kepalahotak aku ni naik biul. niat aku memang baik hari ni nak solat jemaah kat masjid. sesorang time tuh, yang kaum adam duk usha usha pulak. malu lah aku. terkebil kebil masuk dalam masjid then selesai solat berjemaah siap baca Al-quran aku pun baru teringat nak replay message someone yang berjam jam menunggu untuk aku membalasnya. dan sebenarnya antara kami ada persilisihan paham dan aku pun replay cegitu je. dan dia start macam perli perli, pelik aku dia nak mesej sebab tu jeke. sampai beratus kerut kat dahi aku nih duk baca mesej dia. and aku malas sangat nak layan dan time tu memang dah masuk isyak aku pun say Assalammualaikum. dan dia balas sorry.


aku bukan nak cakap yang dia nih tak reti nak jaga hati orang ke hape. tapi aku just pikir tuh positif. malas nak memanjang kan situasi yang tak bermanfaat . then, aku senyum jelah. aku senyum sebab aku dah nampak macam mana kehidupan kat dunia ni. dulu, kita rasa macam kat dunia ni kita boleh dapat semua yang kita nak. cubit nak ? kalau tak betul betul perepared, dunia tak selamat, apatah lagi akhirat. setiap hari mesti ada dugaan kan. kekadang rasa macam nak menjerit pun ada, macam jerit ala ala pontianak kampung batu yang buat aku tergelak tengok didie alias beraksi, akak memang hebat. haha. ok aku bukan nak cerita pasal pontianak kampung batu. so bila tengok orang ada masalah kita fikir kita tak ada masalah, bukan ! just tunggu masa je sebab hidup kat sini memang macam macam pancaroba kita akan tempuh.


bila kita happy, kita lupa waktu susah kita. sebab kalau kita ingat waktu susah kita, kita akan menjadikan ia pengajaran. aku bukan suh record ape bagai time susah korang tu, aku just suruh beringat je faham ? macam orang dulu dulu cakap, bersusah sudah dahulu, bersenang senang kemudian. oh kononnya dah rasa korang bila korang dah susah dulu, pandang dari sudut lain, jadikan susah tu pengajaran untuk kesenangan sentiasa. lagipun tak ada masalah yang tak boleh diselesaikan melainkan korang duduk tidur tak settelkan, memang nak kene humban dari tingkat sembilan belas. nak nak bila dah ada pelbagai kemudahan and laman sesawang sekarang ni kan #siapa tak tahu laman sesawang sila search sendiri. bila dah ada, berak pun nak kena cakap kat satu dunia, kau ada ? so bila dah jadi macam tu semakin gembira leka, kekadang aku pun macam tu, ye ye aku tahu korang rasa macam nak tarik pipi aku kan sebab aku pun sama tapi selain berak lah. sebab tu aku tulis benda ni supaya bila aku baca aku yang terkene sekali.


kehidupan disebalik gelak tawa memang menyakitkan. kehidupan disebalik kesedihan memang mematikan kebahagian. kehidupan yang ceria sudah pasti dianugerahkan kegembiraan. tahun dua ribu dua belas memang tahun yang mencabar bagi aku. sungguh aku tercabar. persahabatan, persilisihan paham, peribadi punya masalah, ni tak termasuk anak anak, laki aku lagi. mau pengsan dibuatnya. haaa konon ayat pun macam dah kahwin.


sebenarnya LIFE ni kalau kita pandai atur, pandai warnakan, serious indah kehidupan dunia akhirat korang, yang penting hati, dekat dengan Dia, insya'Allah bahagia dunia akhirat. sebab setiap yang berlaku ada hikmah. contohya kalau kita ditinggalkan boypren/gelpren kita #mesti nak cakap kat seluruh laman sesawang, mesti sedih bagai nak mati, yeke ? jangan risau sebab kalau dia tinggalkan korang maknanya dia tak sesuai untuk korang, yang datang next mungkin untuk korang. sebab tu aku cakap life ni kena mesti hadapi dengan tenang. jangan sikit sikit bila putus cinta nak bunuh diri, meh aku tolong gatungkan kepala tu dekat hukuman gantung tu, sukahati je nak bunuh diri. nyawa tak boleh topup awak oiii, bukan macam battery, kalau battery aku pun nak cabut kejap supaya aku boleh tidur puas puas lepas tuh bangun makan. best bset, jadi bila dah ada kehidupan sekarang ni bersyukur. jangan mengeluh, kang kena hantar kat somalia baru tahu. fikir kejap kalau waktu kita susah, ada orang lagi susah daripada kita. tu je kena ingat. so bila dapat apa apa, bersyukur je.


korang mesti nak life yang indah, ceria. selalu didampingi dengan orang tersayang. memotivasi kan diri kita. mesti lah nak yang sempurna semuanya even kita tak pernah menyempurnakan keadaan or sesorang. sebab yang lebih sempurna adalah Allah. alangkah bahagia nya dapat life yang tak pernah ada masalah, dugaan dan sesuatu yang boleh menyedihkan kita. tapi kita kene lalui semuanya nya sebab Allah nak uji kita, sayang kita sebab Dia nak anugerahkan yang lebih baik untuk kita. so, dengan apa yang kita ada sekarang bersyukurlah sesangat dan sampai sekarang Dia tak pernah mengungkit malah masih menghidupkan kita di muka bumi yang kian fana'. yang dah lepas harap dimaafkan usah dikenang just jadikan pengajaran buat kita. setiap apa yang berlaku adalah untuk mematangkan kita.



LIFE, kalau kita teruskan kehidupan dengan bahagia, mesti semua akan suka gembira tanpa ada sengketa, tapi ingat, kehidupan hanya sementara sebab kat dunia ni hanya persinggahan kita, bila bila masa akan berakhir tanpa kira cepat atau lambat walau sesaat. sebab kalau dah terlambat, tiada guna lagi, sekali lagi hargailah kehidupan anda !




NOTE: indah hidup kalau sentiasa senang lihat orang lain bahagia.

me love you, 
muaccch  

Older Post | Newer Post