3.3.13
3 Mar 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.
ehem ehem. ehemmmm. ehem. adoiii. memang sakit hati betol lah. tekak buat ragam. suara ni dah ala ala rokers. kalah ratu rock Ella. yeahhhh. peeewwittt. eh, salah. tu Amy Search punya tagline. baru seminggu duduk UMP dah macam sebulan terasanya. rindu mak, ayah, madina, zamri, adik adik yang lain. Ya Allah, rindu sesangat. kebetulan khamis lepas aku ada satu class then esok nya sampai ahad no class. punya excited aku nak balik rumah hari rabu lepas abeh class je pukul 2 teros aku bla. ahhh. peduli hape. rindu tahu tak. sanggup aku redah untuk balik rumah. ayat macam rumah tuh jauh seribu batu. tapi aku balik pun takde lah sampai nak ponteng class. aku pergi tau class hari khamis tuh. haaaa. jangan cakap aku ponteng pulak. sunat karang.
so, nampak tak tajuk entry aku tuh. tuh tuh. kat atas tuh. haaa. tak tahu lah kenapa aku suka pulak menengok angka tiga tuh. bukan ada pape pun. tapi aku rasa macam hari ini istimewa sangat. rasa macam hari ni taknak lupa kan apa yang terjadi. cehhwahhh. apa yang terjadi tuh. ape earkk. ce teka ce teka. hari ini sebenarnya aku dah balik UMP lah. yelah hari ini kan hari ahad. so, kene la balik. leceh betol lah nak kemas barang. ikot kan hati memang lah taknak balik. tapi pikirkan ade class esok, mau mengadap letcure yang ku sayang lagi ku kagumi hasrat untuk duduk, guling guling di rumah hanya lah sementara.
before balik tuh pergi lah melawat adik aku di PLKN sekejap. suruh hantar baju katanya. yelah. nanti dia ada majlis perpisahan. buat tema. merah hitam. cehhhh. kulit dia tuh dah hangus terbakau. ade hati nak pakai colour merah. hentam saja lah. dekat je tak jauh pun. kat Pekan tuh je. tapi port tempat adik aku berkhidmat tuh. pergghhhh. best giler wooo. korang memang patut pergi. sebelah pantai. angin dia sepoi sepoi. buat aku terbuai buai. sempat lah kejap mengelamun. usha usha mamat PLKN kan. konon umur muda lagi. hahahah. ada yang satu family tuh siap bawak tikar lagi. berpicnic kat situh. "class kau jah."
dah habis melawat adik aku dekat PLKN melawat adik aku pulak dekat Teknik Kuantan. maklum lah. orang banyak adik memang macam ni. nasib lah dekat dekat je. kalau jauh tuh. belom tentu lah sampai kot. aku pulak memang suka pergi tempat tempat macam ni kan. dapat cuci mata. Astagfiruallah al azim. puas sudah aku berkata dalam hati.
'jaga lah pandangan ku'
'jagalah pandangan ku'
tetap jugak melilau mata ni. alah. budak bawah umur je pun. tak minat lah. 'not my taste'. macam gedik pulak cakap gituh. phuiii. tapi tulah, teringat pulak time sekolah dedulu. betul lah cakap cikgu aku. "kamu kamu semua hargai lah waktu korang bersekolah ni, sampai saat korang dah keluar dari alam persekolahan nanti percayalah cakap cikgu saat di sekolah lah korang paling rindu." sumpah cikgu. apa yang cikgu cakap tuh memang betol. menyesal saya tak rakam kan kehidupan saya di alam persekolahan. 'cikgu, nak sekolah boleh ?'
selesai sudah melawat adik adik ku. so, jom arrr pekene pasar malam di Taman Gelora. dah alang alang kat situh kan. dah petang time tuh, korang paham paham lah kan. dengan kereta banyak nya. crowded terus.kereta pun gerak macam siput dah. lahai. bila nak sampai nih. niat nya mahu mencari apam balik. giler kau ni ecah. bersusah payah ayah kau drive kau nak beli itu je. alah. niat je. dah sampai sane takde dah. bawak balik macam bekalan untuk sebulan. jalan punya jalan di pasar malam tuh. mata aku mata aku. aaaaa. aku jumpa asam gumpal. tahu tak asam gumpal tuh macam mane. alah. dia sejenis makanan yang boleh dimakan. ok. tenuk betul aku nih. memang untuk dimakan lah. sesape tak tahu search di google ye. dari tahun lepas kot aku mencari.time tuh bulan Ramadhan pulak tuh. tahun nih baru jumpa ada orang jual makanan nih. aku tak tahu lah pulak payah betul nak mencari mende ni. so, aku dah tahu lah port kat sini memang akan menjadi tempat febret aku. orang tuh jual 3 gumpal RM1. tamak nya aku belilah RM2. hihihi. dapat lah 6 gumpal. ahhh. tak sabar nak makan. aumm aummm. sampai terlupa apa niat aku nak beli tadi. nasib emak yang ingat kan. beli lah jugak apam balik. ada dua gerai di situh. target dua dua buah kedai tuh jugak. satu kedai tuh aku beli apam balik yang besar 1 dan yang kecik RM2(5pcs) kedai satu lagi aku beli yang kecik je. RM1(2pcs) aku belilah RM2. hehe.
now, hantar aku balik lah pulak. makkk, saya taknak balik. hanya mampu meraung dalam hati. sobs sobs. dalam perjalanan tuh ada lah pulak accident. dua pulak tuh. 1st, time tuh dekat area Batu 10 kot. nama tempat ni memang payah sikit aku nak ngingat. takde lah terok sangat eksiden ni. bese lah kereta. main cium cium buntot. ada lah lebih kurang RM300 lebih melayang. bak kata ayah aku lah. 2nd punya eksiden, dekat mane eak. tapi lepas dari eksiden 1st tulah. lebih kurang lima minit lepas tuh. pelik jugak tengok orang ramai ramai. kereta pun masing masing dah slow je. ada aksi apa kan. magic ke. perasaan ingin tahu ni mengada ngada siap leher aku nih dah macam zirafah. nampak benor auta nya. ada lah sorang mamat ni terbaring dengan darahnya. auuuuu. sakit. gerun. naik bulu roma aku nih. dengan suara ala ala pakar motivasi Dato' Dr.Fadhilah Kamsah a.k.a my dad. mintak mintak ayah aku tak baca lah blog nih. berkata lah,
"kita ni kene lah berhati hati. yang penting bila memandu adalah berhati hati, bukan setakat apa yang penting kerjasama."(nampak tak pengaruh Wonderpats di situh)
Alhamdulillah, aku dan keluarga masih lagi bernyawa dan diizin kan Allah untuk bernafas lagi di dunia yang kian fana'. perasaan sebak makin terasa. sebab nya sudah menghampiri pintu masuk UMP. aku pun sesaje je lah melambat kan masa. borak borak dulu. main kejar kejar dengan adik. sesape yang nampak ada orang main kejar kejar aku lah tuh. hahahah. hari pun dah senja. dah nak masuk waktu maghrib. jahatnya aku sampai taknak bagi diorang balik kan. kesian pulak kat ayah aku penat. nak jemaah kat surau lagi. so, aku pun relakan lah. doakan anakmu ini sentiasa membahagiakan kan mu, selalu mengingati sang pencipta, menjadi anak yang solehah dan dapat menantu soleh. eh.... AMIN.
NOTE: tidak ada manusia di dunia ini mahukan keburukan, tapi kenapa masih ada manusia tak pandai menggunakan masa yang ada untuk pergi ke arah kebaikan :)
me love you,
muaccch ❤








