Welcome to my world. Be nice here. Thank you.

Diary ~~ Mustache


PEMALU !
5 Mar 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.

putih putih melati... merah merah delima... siapa yang baik hati pasti ku terima...~~ best tak best tak. sekali sekala sedap lah jugak di dengar. nak nak aku yang nyanyi kan. lagi lah bertuah yang nak dengar. komposer pun lari tak nak kasi lirik dah. punya nak cakap sodap bebenor nyanyian nya. cehhhh. macam artis pulop. haaaa. cakap pasal artis ni. teringat lah pasal kejadian hari ini. nak dijadikan cerita lah kan. ayat nak kasi glamour je. aku tak menyangka dan tak disangka akan jadi seperti hari ini. Ya Allah. mana nak letak muka ni. 


class pukul 8.00 pagi. memang liat sungguh lah aku nak bangun. nak pulak dah dapat cuti kan. lebih lebih lah aku menepek kat atas katil tuh. entah kenapa lah pulak malas bebenor nak bangun. serius tak tahu lah kenapa. always semangat je nak pergi kelas. last last bangun lah jugak. alarm pun mengada lelebih pulak bunyi dia. campak karang. mau tak nangis setahun aku. alarm dekat tab. memang nak lah pulak aku baling kan. 

"bangun ecah, bangun ecah, bangun lahhhh ecah !" 

ye ye je bunyi alarm macam tuh. ok. aku bangun lah. capai tuala. mandi mandi lap badan. dah tu tak perlu nak cerita kan. pasal mandi kan pandai pandai lah kau imaging. semangat merah hari ini. baju jelah. tengah otw nak pergi kelas terjumpa lah manusia nih. A tuh aku, M tuh manusia alien. hikhikhik.

M: "eh, kau nak pergi mane tuh ? class ape ?"

A: "nak pergi bersawah(dalam hati). nak pergi class lah. OOP lecture."

M: "mana ada kelas hari ini. cancel. ada budak tu cakap akt aku tadi."

A: "ppfffttttt....?*&@#%"

ini lah sebab kenapa aku memang liat nak bangun tadi. aku dah memang agak mesti ada yang tak kene. kelas batal pulak. "oh, ecah, meh sini baring baring. katil menganjing aku." kejam betul. terasa nak tidur pun malas. badmood. mengajuk punya pasal. cerita dia kita layan lah movie. sementara nak tunggu class petang karang.



lawak ke aku ? macam badut ke ? baju je kot yang merah nya. bukan hidung. nak dijadikan cerita nama aku asyik disebut sebut je dengan lecture. kebetulan handphone tak dibuat silent. entah peminat mana pulak dah message waktu macam nih. dia tak tahu ke aku dalam kelas nih. adoiiii. dah lah bunyi comel je ringtone sms aku tuh. nak dengar nak dengar. ce taip kat 'utube' Gom Se Ma Ri . comel tak comel tak. ahaha. aku suka sebab suara bebudak kan. nak menari pun ada. lahai siapa lah bertuah nih. cepat cepat lah aku bawak keluar dari beg. dengan mengelabah nya sampai aku tak tahu nak bukak tab tuh macam mana. terok tak terok nye gelabah dia tuh. lama lah sikit bunyi rigntone tu kan. dengar lah pulak,

"Amboiii, siapa yang bajet comel tuh ?"(dengan gaya mulut dia tuh)

bajet kau cakap. hang tak tahu rentak hidup aku ni memang kebudakan lagi. excited nak bukak message ada, malu pun ada. tapi aku buat muka tak bersalah lansung. sumpah. memang tak nampak bersalah. hahah. nasib lah bebudak yang lain tak tahu tu handphone aku yang bunyi tadi tuh. yang tahu gelak je. gelak kosong. tunduk je lah aku. yelah. memang salah aku pun. tak buat silent siapa suruh. nasib baik lah lecture yang cakap gituh. kalau budak lain nak aku kasi gusti je. haaaa. power tak power nye aku. kasi test lah. cehhhh. ayat good good je. 


dah habis pasal ringtone tuh ada pulak mende lain datang menimpa. buat kerja dalam group then kene sorang present.  lecture yang pilih kan. konon aku berdoa "mintak mintak lah budak laki group aku yang kene present. Amin."  kebetulan dalam group tuh dia kasi character. dengan bangga nya aku pilih lah character artist. tak tahu lah pulak lecture memang sengaja atau mengada ngada nak disengaja kan dia pilih yang artist punya character. 

L: "kumpulan NGINIUS(pelik kan). character artist ni selalu nya pemalu. Nur Saydatina Aiesyah. siapa dia tuh ?"

A: "tertelan air liur aku. angkat lah tangan sambil senyum sumbing"

L: "ok. sila ke depan. cerita kan apa yang awak bincang tadi."

haaaa. amekawwww..... aku lah tuh. aku ok. aku. dah lah group aku yang first. memang terasa nak tercabut je jantung aku. kalau ada speaker dekat jatung aku mahu pecah kot. silap silap rangka aku je yang berdiri kat depan tuh. ye aku tahu. setakat present je kan. lahai apa lah sangat. aku boleh je present tapi bukan keadaan macam ni. secara tiba tiba. malu yang pasal ringtone tuh pun tak hilang lagi. campur pulak dengan kene present sesorang. ok sesorang. tangan ni dah habis cover menggeletar punya pasal. plus berpeluh peluh lagi. so, aku pun present je. tibai je lah apa aku cakap. mengarot entah merapu apa entah.

L: "betol lah tuh. memang pemalu orangnya."

cissssss. hari ini lecture sudah bikin saya malu. siap lah. ada ubi ada batas, ada hari saya balas. boleh lah pulak aku nak malu kan dia. dia pun tak tahu apa apa. so, hari ini hari PEMALU akuuuuu. aarrrgghhhhhh. *tunjuk gigi taring* dalam kelas tuh ada ehem ehem aku, uhuk uhuk aku. boleh pulak dah kelas sama. situasi dia memang lain lah. aku je dapat rasa. so, kalau engkorang nak rasa meh lah ganti jadi diri aku. biar pun aku cuba lari tapi tetap tak berubah pape. nak tak nak aku kene jugak lah tebal kan muka. buat tak tahu sudah. tapi nak cakap nye situasi aku dalam kelas tadi tuh hanya Allah je yang tahu. sampai sekarang pun, biar dah habis kelas. dah malam dah pun. aku still rasa malu lagi. aku teringat pulak 1st time aku pindah sekolah. time tuh sekolah menengah lah. cikgu BM tanya aku bermacam macam soklan. tak tahu lah kenapa mulut aku ni macam ada emas. memang tak nak bercakap. then ayat dia keluar dari mulut yang berbisa itu:

"aihhh. takda kemaluan ke. malu sangat nih."

first time cikgu pindah. memang lah saya malu nak bercakap. tapi dah lelame. kacip pulak aku dengan cikgu tuh. reti pulak aku bercakap. aku memang jenis macam tuh. dengan kejadian hari ini aku rasa nak nyorok je bawah bantal. esok nak pergi kelas pun bawak bantal tu sekali. biar orang tak kenal siapa lah budak pemalu yang semalam tuh. 




NOTE: boleh tak lain kali jangan beri perasan malu tak bertempat ni. malu tahu tak !


me love you,
muaccch 



Older Post | Newer Post