Welcome to my world. Be nice here. Thank you.

Diary ~~ Mustache


1 November 2014
31 Oct 2014 | 0 comments


Assalammualaikum…

Ya Allah, sesungguhnya aku rindu untuk menaip dan menulis di ruangan ni. Kepada my followers  blog and yang setia menanti akan news update from me, siap sedia lah untuk pembacaan kali ini. Mungkin panjang or pendek, mungkin sedih or gembira, mungkin rindu or benci. Mana satukah pilihan anda ? harap dan pastinya semua dilindungi oleh  Allah S.W.T dah diberkati oleh-Nya. Semoga orang yang membaca blog ini dimurahkan rezeki, dipanjangkan umur, sihat selalu dan senyum selalu.

Wahai kenalanku,

Mungkin ramai yg tidak tahu dan ada yg dah tahu. Sebulan yg lepas aku telah ditimpa musibah. Pemergiaannya bebetul menyayat hatiku. *feelling nangis tahap……. Dua insan yg aku bebetul dikasihi dan sayangi telah pergi begitu shj. Tiada tanda tiada cerita, hanya tangisan bermula hingga derita. Aku telah kehilangan purse dan juga tab yang paling aku sayang. Bukannya apa, sebab ianya pemberian drpd  ayah dan my half life(my future). Orang yg mencuri or “tersalah” ambil kepunyaan aku tuh sungguh tidak bertimbang rasa. Terkilan jugak lah semua dalam purse tuh dia kebas sekali kan. Dah banyak kerja plak nak settel se se. Dugaan dugaan. Kpd kenalanku yg lama betul aku tak contact mintak maaf sesangat. Banyak mende lost. Tp nasib baik lah mind ni tak lost lg. Ihiks. But, time accident tuh aku seolah olah macam orang yg kuat. Aku bersyukur sangat Allah pinjamkan kekuatan kpd aku utk tabah dan sabar dgn apa yg berlaku. Berterima kasih jugak kpd staff2 yg support dan kasi aura positif utk aku lebih redha dgn apa yg berlaku.

dan bila tiba masanya, ia bukan milik kita lagi

Gempak tak gempak tak ayat aku tuh. Kuikui. Mesti 1st baca pikir mende lain kan. Cehhh, jgn nak tipu lah, nanti takda org nak *tetibe

Wahai kenalanku,

Mungkin aku yg tidak tahu atau tak ambil tahu. Tp, yg pastinya aku dah tahu. Kuikui. Aku nak ucapkan tahniah kpd kawan2 yg telah konvo baru baru ni. Semoga matlamat tercapai dan berjaya dunia dan akhirat. Ceritanya, terdetik lah rituh nak online. Tengok budak2 ni duk pakai baju konvo. *garu2 kepala jugak. Dah kenapa kan. Aku pikir diorang nak eksyenkamen je. Scroll lagi terlebih ramai. Ok, mulai paham. Sungguh aku tak update lansung pasal bebudak UMP. Bajet2 fokus dgn tempat praktikal sekarang. Acah2 busy mcm kita kerja kat situ. Pape pun tahniah sangat sangat and can't wait for me pulaks. Uhuks. 

Alhamdulillah, utk aku ditempatkan praktikal disitu. Disitu? Dimana? Adalah.... Dikelilingi bekas cikgu dan boleh dikatakan klu bahasa kampung “orang tua” yedak ? kalau nak sedap sikit “orang yg lebih berumur”. Moga moga takda yg terasa lagi suka adalah. Hiks. Banyak yg aku belajar, bukan takat ilmu computer, ilmu luar dan dalam pun ada. Dahsyat dahsyat. Kene manfaat kan dgn ilmu yg ada. Sungguh aku bertuah sangat sebab kebanyakkan 9/10 semuanya dah berkhawin. Jadi takda lah persaingan dekat situh. Hahah. Bukanlah, aku lebih mengetahui selok belok ke alam kekeluargaan dan yg paling penting cara cara nak pikat mertua tau. Huuuu. Bukan senang nak dapat. Tapi, nak kasi tahu lah sikit. Sikittt jee. Bahagian aku tuh sesorang je pompuan. Only one girl yeahhh, it’s me. Bayangkanlah ibaratkan, tengah2 bunga tuh aku dikelilingi empat kelopak. Kalau bosan or takda kerja poi lah bahagian lain cari kerja. Kekadang buat buat nyebok je. Ya Allah, semoga aku tetap tabah dan sabar utk menghabiskan praktikal dan segala ilmu yg diajar dapat aku manfaatkan. Lagi sikit je nak habis. Sikittt jee.

Wahai kenalanku,

Mungkin kita tak sedar atau buat buat tak sedar yg kita sebenarnyakan dan masuk awal muharam. Kan kan kan. Alahhh, ada jugak yg tak amek tahu pun ni. Yg dia tahu bulan Januari tuh lah tahun baru. Ok, nak info sikit lah dan berkongsi dgn apa yg aku paham dan tahu. Kalendar islam dimulakan dgn awal muharam dan diakhiri ________. Kalau org yg amek kesah, dia akan memulakan azamnya di awal muharam. Dan mengimbas balik adakah tercapai matlamat yg diperolehi. Mahupun dunia dan akhirat. Dan masih sempat lagi utk kita memulakan buku baru dan memperbaiki utk menjadi yg lebih baik. Kesempatan ni, aku pun nak ucapkan Selamat Menyambut Awal Muharam 1436h. Ya Allah, semoga keluargaku, pasanganku, guru2ku, pensyarah2ku, kawan2ku, sahabatku, kenalanku dan org yg membaca blog ini menjadikan-Mu sebagai tempat utk berkongsi suka dan duka, menjadikan dugaan sebagai satu kurniaan, orang yg bertaqwa, yg selalu bermuhasabah diri dan yg paling penting maafkan segala kesalahan aku yg mana aku sedar, tak perasan, yg malu utk bersemuka. Halal kan segala yg pernah mereka berikan kpdku. Sesungguhnya hanya doa dapat aku balas utk digantikan dgn perbuatan. Sungguh aku tak mampu lagi Ya Allah.     

P/S: Kepada kenalanku, sesungguhnya aku tak pernah melupakanmu bahkan bertambah rinduku kpd kalian. hanya ALLAH shj tahu isi hatiku. Mungkin lepas ni aku akan sharing anything into blog. Harap readers support me.  Jangan lupa bola malam ni Pahang VS JDT. Koi ic 06. Huhu



  

cermin dirimu
21 May 2014 | 0 comments
Assalammualaikum,

hai sahabat ku sekalian. lama sudah tak update blog ni. ada jugak yg bertanya kenapa dah lama tak update. menyepi je. actually, merawat hatiku yang lara. pedih uuuu. piluuuu. pilu sepilu pilunyaaa, namun kau tak mengerti kasihhhh.

hari ini nak share apa yang eca nampak dan apa yang eca pendam, apa yang ku rasa dan semua nya. aicehhh, dah kenapa tetiba eca ni. hikhik. sebab sy suka ada sorang budak tuh dia pggl sy ecaaaaaaa, takpun caaaaa. rasa melting pulak. kesinambungannya eca tuh panggilan nama baru masa di Cameron Highand. rindu ahli kumpulan merah. nak pulak dapat ketua yang hengseng si Haniff, budak comel si Isha, budak sengal si Azri, budak kembar si Haidar, budak senyum lebar si Ez, budak gatal si Apple (hahah, dia tahu ni, mahu dicincangnya) budak doktor si Hanisah, si bapaknya Bob, pembantu ceriaku si Yanie dan semuanya Uyah, Pipah, Sue, Wanie, Ammar.

 back i want to share,
dulu pernah jugak lah banyak masalah, dengan assingment bertimbum timbun, masalah dengan roomate. tp eca ni jenis memang tak suka cerita dekat orang. so, pendam jelah. memang sakit. dan pernah dengar ustazah ni cakap "anggap dugaan itu satu kurniaan". bila ada masalah terus ingat apa ustazah tu cakap. rasa semangat je. tak kisah lah time tuh memang ramai giler lah hater kiterr. tapi kiterr buat dekk jerr. hari demi hari, dengan kesabaran yang tak pernah putus eca dapat something special. kira macam durian runtuh lah. Alhamdulillah, sangat sangat. disebab kan itu juga ramai pulak yang benci kiterr dulu rapat dengan kiterr. sokey. kita paham. ada kadang kita di bawah, dan sebaliknya. tp, eca tak balas pun. layankan aje :)

ok, tu baru mukaddimahnya,

urmmm,,,,,,
,,,,,,,,,,,,,,,,,
kenapa dia selalu pandang kesalahan orang sedangkan dia tak pikir dia pun sebenarnya salah ? kenapa dia perlu untuk menghempas hempas barang or something padahal itu keputusan dia ? kenapa dia buat kalau tak ikhlas ? kenapa perlu orang lain yang mula kan dulu sedang kan sekarang lah kena belajar untuk bersuara ? kenapaaaa ? *crying :'(

dan banyak lagi kenapa. dia kan baik, orang nampak macam dia solehah. kiterr ni sapa lah. jahil. Allahu'

kiterr post ni sebab tak tahan dah. asyik dia je mengata kiterr dalam sindiran dia. tapi ini untuk menyedar kan dia. saya pun ada banyak jugak kerja nak dibuat.

P/S : tak kira lah selabuh mananya tudung kita, sependek mana pemakaiannya. kalau Allah nak tunjuk ke arah kebaikan sependek pemakaian itulah yang lebih elok untuk dia berubah dan selabuh itu lebih pencil sebab tiada intipatinya ^^



Panggilan keBahagiaan.
13 May 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.


ibu, ibuuuu, engkau lah ratu hatiku~~~ eheem eeheemmm. selamat hari ibu. besar sungguh penggorbananmu. jasamu akan dikenang sampai bila bila. saaaayangggg mak. muaach setepek. hikhikhik. bukan untuk hari ini je. tapi setiap hari adalah hari ibu. 



seronok sangat sejak bermenjak ni. entah mengapa begitu. sampai kan tengok ubat gigi pun boleh sengih sesorang. eh, ke sengeh. ahhh. bedal je lah pape.dan sekarang pun aku masih tersenyum dengan lebarnya depan lappy nih. gilos ke hape. maybe tengah dalam alam fantasi. tampar pipi bertubi tubi. hurmmm. sah ini realiti. 


*****
A: aku
F: alien

Situasi Pertama,

A: Assalammualaikum, kau sihat ?
F: weyhhh. nih sejak biler reti call call orang nih.
A: tuuuttt tuuuutttt~~~


Situasi Kedua,

A: Hai, buat apa tuh ?
F: salam awak mana ? gelojoh betul nak bercakap ye.
A: Assalammualaikum. k la. Assalammualaikum.


Situasi Ketiga,

F: bro sorry bro, saya lama dah tak contact dengan awek bro nih. break pun time tadika dulu. last contact teros.
A: kau pehal. dah tak tahu beza dah mana satu suara laki dengan perempuan. hadoiiii.


Situasi Keempat,

A: Assalammualaikum...
F: ye waalaikummuassalam...
A: sihat ?
F: Alhamdulillah, sihat. dan aku rase kau yg tak sihat. kau waras lagi tak ecah ?


*****

disebabkan situasi dan feedback dari diorang tuh sampai sekarang aku masih tertanya tanya. salah ke aku call diorang ? pelik eak tengok aku call korang? call salah. dah call macam dalam situasi tu lah. haishhh. bebudak nih. bukan senang tahu tak nak dapat call dari aku. orang tertentu je. cehhhh. sape sape sape ???

bila dah borak tuh macam macam nak story kan. dah time takde topik tuh lansung tak tahu nak cakap hape. last last senyap je. aku memang lah senyap sebab aku tak reti nak cakap hape biar pun aku yang call. hahah.
ada jugak lah taknak angkat bila aku call. mula lah msg, "kau call ke tadi ecah, aku tak angkat sebab takot mamat indon rembat kau punya sim ke. sorry tau." eeeee. kalau boleh aku nak gigit gigit je. sabau je lah. 

dan kenapa seronok sangat sejak dua menjak sebab aku suka tengok dia dah bahagia. at least, ada lah peneman dalam hidup dia. walaupun aku ingat segala apa yang dia pernah dan story dekat aku. cehhhh. kunun ingat kesemuanya. aku tahu dia takkan ingat balik apa yang dia pernah cerita dekat aku. maybe adalah sikit. ye, aku sayang dia. sangat sesangat. kitorang always together. walaupun selalu keluar reramai aku hanya fokus dekat dia. ye, dia sahaja. 

tiada unik pun dia. kacak ? Ramli Sarip kot better. hahah. dah kalau anggau, tahi pun sodap. kannn. just aku cuma terarik dengan suara dia. yes, suara dia. dan cara layanan dia terhadap seseorang. bila aku dengan dia rasa dunia nih aku dengan dia je. perasaan orang lain pun tak hingin aku nak tahu. kejam sungguh aku masa tuh. 

awak oohhhh awak, 
saya dapat rasa ada something yang awak nak cakap dekat saya. cuma awak taknak kasi tahu dan saya pun tahu. awak takkan kasi tahu. kan. bahagia dah awak sekarang kan, saya pun. tipulah saya tak jelous. tapi cemburu kan tanda sayang. hehe. terima kasih buat saya jelous. moga moga terus bahagia, jaga diri ye awak.  saya harap suatu hari nanti kita dapat berjumpa ! harap sangat.





me love you,
muaccch 




Life there must be a Plan
18 Apr 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.

hai saudara saudari cikebom cikebom. eh eh. lama pulak kita tak update kan. kalau tak dekat newsfeed tuh penuh dengan post dia je nak suruh orang baca blog dia kan. sikit sikit dia, sikit sikit dia. dah kata takda tuh terus memang takda lansung. as you know, i'm busy person. ada je idea tuh, mencurah bagai nak tsunami kan. tapi tulah masa tak sesuai pulak, ada banyak assignment lagi, nak pikir husband kat rumah lagi. haaaa. ada masa pulak, aku nak buat benda yang aku suka. dah kesian kan blog ni asyik ditinggalkan. ada lah jugak aku mencelah celah, intai intai sikit blog ni. takut karang merajok. -,-"

*****
FREEDOM...
FREEDOM...
FREEDOMMMMM...

Kebebasan cuti midsem...

orang cuti tujuh hari tapi aku cuti seminggu tiga hari. lelebih sikit kan cuti, rumah dekat lah katakan. class pun dah memang takda apa lagi. angkat beg lah. seronok seronok seronok. macam orang tak pernah balik rumah tak pun baru jumpa rumah di dalam kesesatan. aduhai. siapa lah tak suka balik rumah kan. cucu pun naik riang balik rumah nenek dia. nak kata persamaan lah kan. aku memang dah banyak plan dah nak buat kat rumah nak nak dapat cuti ni kan. harap harap nya tercapai lah. 

kebetulan kawan lama aku contact contact aku. ajak keluar. sebenarnya, keluar keluar bandar ni memang tak termasuk pun dalam list plan aku tuh. sebab aku pikir aku nak rehat kan minda dan badan ni dekat rumah. siap nekad lagi "sesiapa pun yang ajak keluar aku malas nak ngikot. sumpah" ishhh. tak baik memain sesumpah. tapi, dengan kelembutannya, keayuannya, kemanisannya aku tergugat. hahahah. haishhh. takda lah. kawan lama beb. kawan lama ok. sejak tadika lagi. aku ni pulak memang pantang sebenarnya kalau ada orang ajak ajak ni kan. sekalipun orang tuh ajak ajak ayam. mudah pulak mulut ni cakap "ok, aku follow je janji makan minum aku kau tangung." kahkahkah.

hari dijanjikan untuk bertemu. cehhhh. macam hari kekasih pulak. kami pun bertemu. bertentangan mata, tangan merapati dan posisi badan semakin dekat antara satu sama lain. jari mula naik dan naik sedikit demi sedikit. bibir sudah terkebil kebil. 

hah hah. kami sudah dalam pelukan. Astagrafirualla'hala'zim. 

"lama gila tak jumpa kau, macam ni dah rupa kau."
"kau nak rupa macam mana lagi, Rosnah Mat Haris ?"
"takda lah, kalah Dato' Siti nih. perghhh."
"kau cakap tak beragak kan."


*****
8th April 2013










*****
9th April 2013

ni baru lah plan aku. nak jadi wife orang lah kata kan. kalau tidak janda awek muda lah aku. hikhikhik. kita nih perempuan kena slow slow dulu. amek hati sikit sikit, lelama berbukit bukau. aku ni memang pelik sikit tak minat sangat ke arah masakan masakan. yang lebih nya ke arah bakery. Ya Allah, aku memang pantang lah bab bab berbakery nih. dia macam dapat menaik kan semangat lara aku. eh ? 












kita budak baru belajar. first try lah katakan. kira boleh dah dapat kakak ipar. last picture ni, yang ada gambar pelangi tuh. time tuh, kitaorang tengah lelepak dekat gerai kawan aku. aku tak tahu lah celah mana turun nya hujan tetibe muncul si pelangi ni. dan selepas tuh baru lah turun hujan. pelik seketika. kamiorang bebetol bahagia sangat masa nih. dapat berjumpa dan berkumpul semula. Alhamdulillah :)


*****
11th April 2013

















Kitaorang sanggup redah TC semata nak bergambar je. sanggup sangat kan. ni kira picture of the year la. hahaha. kitaorang berpicnic dekat situ, dengar deruan bunyi ombak. cewahhh, ayat macam nak buat penulisan. rasa best lah kan. korang tau tak nikmat best tuh macam mana ? dengan boyprenggg pun tak terasa macam ni. nak katanya rasanya hidup berkawan tu lagi best kan. 

banyak sebenarnya kami bergambar, tapi nak tarok semua rasa macam lelebih pulak kan. yang hade ni kira bersyukur sangat dah. bak kata yuna "setiap gambar, ada lagunya." haaaa. gitu kan. so, bila engkorang tengok setiap gambar tuh korang mesti akan rasa aku yang menyanyi :D :D :D


*****
14th April 2013

tamat sudah freedom aku. tapi bila aku pikir tiap tiap hari aku berfreedom. HA HA HA. sudah start buat buat lupa "eh, hari ni balik dah ke ?" kemas barang pun lambat lambat. tapi best jugak balik ke UMP nih sebab my mom always masak sedap sedap. sebenarnya setiap hari my mom masak sedap sedap. just hari ini dia masak lagi sedap. haaaa. gitu kannn. 


muka taknak balik dan excited nak balik jugak sebenarnya sebab selama duduk dekat rumah aku tak boleh nak nonton drama korea kesukaan gua. mana tak nya asal aku balik je lappy aku mesti dekat tangan adik adik aku dah. ni kadang kadang buat jugak aku rasa taknak balik. tapi kan, kesian diorang sebab nya aku pun download cerita bebanyak memang nak suruh diorang tengok pun. hahah


dalam seminggu tiga hari, banyakkkk dan memang padat aktiviti dekat rumah. tapi tak dapat lah nak diceritakan semuanya. privasi lah. dengan husband lagi. hurmmmm. tak boleh lah kan nak share kesemuanya. 
janji setiap hari apa yang aku buat ikhlas dan setiap hari mesti ada sesuatu perkara baru yang kita buat. kita sayang husband kita. ok papai !


NOTE: Kita manusia suka mencipta kenangan, mencipta kebahagiaan, tapi kalau boleh aku nak mencipta manusia hargai perasaan orang lain !










LimaBelas Minit
13 Mar 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.

bak kata orang 'yang patah tumbuh, yang hilang berganti' . tapi yang aku ni tak berganti ganti. apahal ? senang je jawapan dia. sebab aku belum hilang. HA HA HA. k lawak. k lawak. sangat lawak. korang dah tengok cerita JUVANA THE MOVIE. kalau tak tengok lagi kau pergi lah tengok. tu pun nak kene cakap. memang best cerita tuh. Botak dah berubah jadi baik. sweet pulak dah tengok Zahiril Adzim dan Shera Aiyob berlakon. suami isteri lah kata kan. dah lah comel. owwhhh. cemburu nya.



tetibe terasa takda motif tunjuk gambar diorang wedding kan. nak promote Juvana amende lain pulak dibuat.

hari ini....

13th March 2013

k tarikh nak kasi cun je. cun saja ~

always kalau tarikh smart smart nih ada lah orang buat tarikh couple lah, pergi dating lah, boleh dikata kan buat perkara yang manis manis masam. dah kalau semua orang nak aku pun mahu jugak. lagipun senang nak engat kan tarikh teristimewa. tapi engkorang jangan taksub pulak dengan tarikh nih. just buat suka suka sudah. tarikh keramat lah kunun nya. 


konon lah ada Prince Charming datang melamar. class jam 10 ada can lah nak mengalamun kejap. aku pun melelapkan mata. bukan takat sesaja nak lelap. berangan punya pasal hah. hambik kau sampai tertidur dengan nyenyak tak pikir apa dah. aku pikir kejap je aku nak berangan, bangun bangun je tengok dah nak dekat 9.45 a.m. sudah , lagi 15 minit je tinggal untuk aku bersiap. kalau ikut kan nak cepat ke class memang tak mandi lah aku jawabnya. sebab kan aku ni kan perempuan, pengotor lah nak buat perkara macam tuh. eeee. geliiii. bayangkan lah dengan 15 minit tuh aku bersiap. nak mandi lagi bersiap lagi, touch up lagi. kesimpulannya, mandi seminit bersiap empat belas minit. cukup lah tapi last last lebih jugak 15 minit. tak kan mandi nak seminit. 


balik class terus menapak ke PC Fair. singgah jangan tak singgah. rambang mata bukan apa. yang banyak nya asyik jual baju je. dah nama pun perempuan mau tak cair tahi mata menengok nya. memang tak patot lah jual baju sekali dengan buku buku nih. tercabar nafsu. hahah. tapi mata aku baik pulak hari ini singgah ke kedai buku terus pandang baju pun tidak. nampak tak ulat buku nya aku. 


menghabiskan baucer buku yang ada. ini lah hasilnya. Al-Quran tajwid khas untuk perempuan dah lama aku nak. tak tersangka ada jual kat PC Fair tadi. memang betul lah jalan lurus yang aku pergi. sebab kan nak cukup kan baucer buku tuh jelah aku bedal. tajuk pulak menarik. *senyum gatal*



Nur Saydatina Aiesyah...

ada orang panggil , lalu menoleh mencari si memanggil tapi tak ku temui siapakah gerangan nya.

HHMMMMMMM...

*angkat angkat kening, mulut muncung sikit, senyum pelik*



NOTE: apa yang paling penting dalam hidup ini niat yang betul kerana Allah dan lakukan lah dengan ikhlas.


me love you,
muaccch 


Pada Suatu Cinta Dahulu
11 Mar 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.



Perhubungan, persahabatan, pertelingkahan semuanya ada suka dan duka. semuanya melibatkan perasaan dan hati. marah, sayang, benci, cinta semuanya memang wujud dalam diri kita. kadang kala, kita tak dapat rasa perasaan tu dan kekadang kita tak paham dengan perasaan tu malah menjadi tanda tanya kenapa jadi macam tu.

Manusia suka diberi peluang tapi tak pernah hargai peluang. selalu menyalah kan keadaan membuat kan situasi selalu bertambah rumit. pabila menyesal, manusia baru faham dan hargai semua tu. kita diberi peluang memang untuk menyesal ? dihargai ? kenapa diberi peluang ? tak cukup kah hanya sekali baru mudah untuk difahami dan dimengerti. bila tak diberi peluang manusia memberontak dan bila sudah diberi peluang manusia mensia sia kan kecuali pabila munculnya menyesal. tamaknya kita...




*******
Selain keluarga kita memerlukan kawan, sahabat. sekali pun kita ada family yang berada, happy family tapi takde kawan ibarat tidur tak lena, mandi tak basah, makan tak kenyang. kita mesti ada kawan yang boleh sharing sedih kita, gembira kita, susah kita, terima baik buruk kita. tapi tidak jugak lah kita hanya bergantung pada kawan. kita suka bila ada sahabat yang


"nah ubat, awak sakit kan" ,
"senyum lebar je, share lah sikit" ,
"sabarlah wahai sahabat, ini semua ujian, ada hikmah disebaliknya" .

kita kawan dengan semua orang tapi bukan kawan makan kawan ye. buruk padahnya. tak sekarang mungkin di usia kita yang makin meningkat nanti. kebesaran Allah ada dimana mana. sebab tu bila kita berkawan pun jangan leka sangat dan jangan buat sambil lewa. mungkin bila bersahabat kita semakin memahami dan mengenali dunia yang kian fana'.




*******
Tidak semuanya indah apa yang dipandang dan tidak semuanya menyakitkan apa yang dirasa. sebab kita selalu di uji. pergaduhan selalunya disebabkan orang ketiga. yang suka mengapi api kan situasi tu. bila gaduh je mesti mengata itu mengata ini. ada lah story baru, mereka reka kan cerita sampaikan cerita jatuh lonkang time tadika dulu pun jadikan isu. gaduh lah punya pasal. bahagia ke bila bergaduh tuh ? bermasam muka bila berjumpa ? saling tak tegur, pandang sebelah mata pun taknak. 




*******
Ada orang kata cinta pandang pertama adalah yang paling susah kita nak lupakan. dan cinta itulah yang terindah dalam hidup kita. walaupun banyak orang yang kita pernah ber'couple' sebelum ini dan hanya untuk suka suka je. tapi datangnya cinta yang pertama tu yang mengajar segalanya. dan DIA telah datang dan pergi dalam hidup aku. dan aku paham CINTA itu tak selalunya dimiliki dan aku tahu ALLAH sedang mengatur kan yang lebih baik untuk aku mahupun DIA. kesedihan dan kelukaan, salah faham dan renungan, menyesal dan perdamaian terlalu banyak perasaan yang kita rasa. 






NOTE:  kadang kala Allah tidak memberikan apa yang kita mahu, tapi memberikan apa yang kita perlu. 
              tersenyum tidak semestinya bahagia, cuma sedang memujuk hati agar ceria 



me love you,
muaccch 

Peneman Hidup
9 Mar 2013 | 0 comments
Assalammualaikum.

aucakkk... aucakk... auucakkk... alolo omey nye dia. mmmuahhh. penat aku agah agah baby nih. kasi terperanjat sekali mau jantung baby tuh terburai. ya aku memang suka budak budak nih. kebetulan, dah kenapa asyik kebetulan. dah memang suratan. makcik aku balik rumah aku bawak lah anak anak dia. ada lah yg baru lahir tuh. baru 2 bulan tapi dah macam 5 bulan. bosar nyo engkou ni. baby tuh keje dia asyik tidur je. tak nak bangun. konon tak nak kasi orang pegang dia. aku tak boleh. aku tak tahan. nak jugak aku pegang baby tuh. akhir nya, aku dapat lah jugak pegang Muhammad Nukman Mukrin. baby Mukrin tak menangis pun bila aku pegang dia. omo omo... dengan mak aku, adik aku, ayah aku. meronta ronta dia tak mahu didukung but time aku. hahah. aku rasa dunia nih aku yang punya. ok pegang baby je pun. makcik aku mula lah berkata :

"ehem, boleh dah ni. tak lama dah ni nanti."

ayat mendalam gila. aku buat buat tak paham. calon pun takda lagi. terus bawak lari baby Mukrin. agah agah dia, geletek dia, pastu kiss kiss dia. 'baby Mukrin lah jadi peneman hidup akak aiesyah ye.' dia pun senyum senyum. macam paham je apa aku cakap. tu pun kalau korang nak percaya lah. sudah sudah dia menangis jugak. bawak lah kat ibu dia. 


NOTE: memang penat melayan kerenah budak budak, sekali dia punya merajuk susah nak dipujuk, tapi kalau pandai dan kene cara dia budak tuh pulak yang menggembirakan kita. macam tu lah jugak kita :)


me love you,
muaccch 




Older Post